Thursday, June 11, 2009

~ SabaRR

ALI r.a berkata bahawa RASULULLAH S.A.W telah bersabda: Sabar itu ada tiga:-

1. Sabar terhadap musibah iaitu sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka ALLAH S.W.T mencatatkan baginya iaitu mentakdirkan atau menyuruh menulis di LUH MAHFUZ 300 darjat iaitu darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat iaitu mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka ALLAH S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, iaitu meninggalkan kerja-kerja maksiat maka ALLAH S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke ARASY. Dan dua adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.


SUMBER :- http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=44263

0 comments:

Post a Comment

BlogPlay

Share your links easily.