Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Sia-Sia @ sisa-sisa


" PATUTKAH KAMI MENGANGGAP ORANG-ORANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMALAN SOLEH SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI? PATUTKAH KAMI MENGANGGAP ORANG-ORANG YANG BERTAQWA SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG MEMBUAT MAKSIAT?"

(Shaad 38:28)

" APAKAH ORANG-ORANG YG MEMBUAT JAHAT ITU MENYANGKA BAHAWA KAMI AKAN MENJADIKAN MEREKA SEPERTI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH , IAITU SAMA ANTARA KEHIDUPAN DAN KEMATIAN MEREKA? AMAT BURUKLAH APA YANG MEREKA SANGKA ITU."

(al-Jatsiyah 45-21)




Hati buta..

Luka dunia.. harapan dunia..
Segalanya sia-sia..
Dek kerana alpha..

Rahmat NYA di nanti..
Namun kehancuran memiliki..
Kerana ketandusan iman di hati..
Semuanya dimulai..

Hari berlalu pergi..
Jiwa resah mendekati..
Tuhan yang Maha Mengerti
Betapa berdosanya diri..

Akurlah masamu
Akurlah dosamu
Kematian itu satu maklumat
Suratan itu satu rahmat..
Andai masih juga begitu..
Umpama buta dan bisu..

Wahai diri yang masih leka..
Ingat petunjuk itu ..
Sebelum dirimu menjadi sia-sia..

Monday, June 15, 2009

~ Aku Keliru

assalamualaikum ..

Dah lama x update blog... sllu pun duk copy paste luahan or artikel org ja..

teringin jugak nak 'berkata2', tapi masa dan keadaan menghadkan waktu untuk memerah otak meluahkan kata2 hati yang tersimpan..hu2.


duk x duk... tahun ni dah masuk bulan JUN 2009... ermm... masa sungguh pantas berlalu.. tapi hakikatnya kita duk laguni jugak.. tup2.. dosa yang bertambah ekoran umur yang bertambah.. uwaaaaaa!!



Ada org cakap, makin lama hidup, makin byk pengalaman akan dapat. Dan krn itu, makin matanglah seseorg menafsirkan sesuatu situasi @ keadaan.

Ermm.. ade benar kah? REALITINYA... hidup lama tak bermakna fikiran dan tindakan kita itu betul. tak bermakna juga jawatan BESAR kita itu menandakan idea dan tingkahlaku kita itu betul.

Ada org, diam itu senjata, tapi buatnya menjadi... ada orang kata2nya sgt memberangsangkan, tapi kejadiannya tidak relevan.. ade jugak, diam semakin diam... diam je ler kejenyer!!

Ada org pulak, tindakannya very fantastic!, energetic!,realistic!.. tetapi, at the end of the day... baru ku tahuuuu, ade udang disebalik mee!!

Jangan begitu... kadang kita lupa.. duk bertungkus lumus melakukan sesuatu, kita lupa, niat yang halus yang sangatt jauuuuhh di sudut hati, ade satu titik tanda menghantui pergerakan kita sebenarnya.. dengan kuasa titik yg kita tidak sadar itu, kita membayangkan bahawa kitalah yang TERBAIK dan PALING IKHLAS di muka bumi..jangan begitu... nauzubillah..

Heran, sangat menghairankan.. apakah sebenarnya pemikiran yang bijak itu tanda sifat dan peribadi yang mulia?.. ragam kita semakin hari semakin 'rabun'... catatnya begini dan begitu..putih hitam di asingkan.. tetapi hakikatnya 'mata kian rabun' dengan azimat 'zaman dah berubah' mungkin.. atau kaburnya krn amalan kita kononnnya kita sudah melaksanakan dengan cara YANG PALING betul..

sekarang? umpama melalui hari2 mendatang tanpa rasa bimbang KIAMAT SUDAH MENGHAMPIRI. Akhirat itu BENAR. KEMATIAN itu BENAR.. kadang kita lupa ungkapan ini.. ya, mengungkapnya sangat mudah, namun mengingatinya dalam nafas seharian kita sangat payah. kalau tak, mana mungkin kita hidup yg belum tentu esok masih ada ni, masih terasa hati dengan seseorg, masih lagi berdendam dengan seseorang, masih bimbang tak dak duit , bimbang mintak kerja tak dapat2... mintak KPLI ponnn tak dapat2 lagikk!!.. begitu dan begini... sampai emosi terganggu secara halusi, pemikiran mempengaruhi tindakan sehingga kita lupa

"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.." (Yasin : 83)

Thursday, May 21, 2009

.:: TENSION lagik??

Citer 1
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ??

Citer 2
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk... ... .. Benci ... ... ..


Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??

Citer 5
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 6
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 7
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Citer 8
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Wednesday, May 20, 2009

.:: RaHsia TaHi LalaT

PERINGATAN : PERNYATAAN INI HANYA SUKA2 SAJA, TIADA KAITAN DALIL APA2.. KALAU BERLAKU ITU SECARA KEBETULAN... HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA DLM SEMUA HAL.

Pada orang tua-tua setiap yg ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya "hanya tuhan yang tahu"

TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita

biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk

betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki

dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2

tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka

pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin

pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

ubun-ubun - kurang jujur

pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

BlogPlay

Share your links easily.