Saturday, May 1, 2010

Di manakah kita????

Cinta yang bertandang di lubuk hati setiap insan itu fitrah yg merupakan anugerah dari Maha Pencinta. Hakikatnya asal kejadian cinta itu bersih dan suci, tetapi malangnya ia cemari oleh debu-debu maksiat yang dicipta oleh manusia sendiri. Terkadang terfikir sendiri untuk apa menikmati cinta sebelum berkahwin? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Bukankah itu menghilangkan barakah dan kemanisan di alam rumah tangga kelak.

Jika ditanya pada setiap orang tentang impian masing-masing dalam membina rumahtangga jawapan yang diterima pasti adalah ingin membina "baitul muslim" dan sebagai wasilah untuk peningkatan hidup juga mampu memberikan sesuatu yg bermanfaat kepada agama. Tetapi bagaimana untuk membina baitul muslim andai di permulaannya sudah dicemari. Barakah yang Allah SWT janjikan itu hanya ada buat ikatan yang terpelihara.

Untuk itu wahai para mujahid dan mujahidah, jika kalian belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta Adam dan Hawa. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar yang tidak diredhai Allah. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu. Peliharalah kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.
Andai dirimu jatuh cinta kuatkanlah prinsip dirimu dengan hadis ini: "Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)
Seorang penyair arab berkata tentang bahana cinta,
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.
Berikanlah cintamu pada yang layak menerimanya. Cintai dia kerana agama pada dirinya kerana itu jaminan bahagia buatmu dunia dan akhirat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
Inilah ukuran yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berbahagialah dirimu dan semoga dirimu dicintai Tuhan.."Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." (Imam al-Nawawi)
Hasil nukilan ---> http://ziyaadah.blogspot.com

Saturday, April 24, 2010

Jadilah insan yg Pemaaf


KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." [Surah Ali Imran :132].

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." [Surah asy-Syura : 43].

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu [dinilai] dengan [kekuatan] dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." [Hadis riwayat Bukhari].

Belajarlah sifat pemaaf dan lemah lembut dari Qais bin Asim yang sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah,redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais membebaskan hambanya itu.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.


sumber --- > hasil nukilan http://ziyaadah.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

LUANGKAN 10 MINIT MEMBACA ARTIKEL INI

 SETELAH BERTAHUN-TAHUN MEMBERITAHU ORANG BAHAWA KEMOTERAPI SAHAJALAH SATU-SATUNYA JALAN UNTUK DICUBA DAN MELENYAPKAN KANSER, JOHN HOPKINS AKHIRNYA MULA MEMBERITAHU ANDA BAHAWA ADA JALAN ALTENATIF LAIN
  
1. Setiap orang memiliki sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser ini tidak dapat dikesan dalam ujian-ujian biasa makmal patologi sehinggalah mereka telah membahagi menjadi beberapa billion. Apabila doktor mengatakan tidak ada lagi sel kanser di dalam badan selepas rawatan kepada pesakit kanser, ia hanya bermaksud bahawa ujian-ujian tidak dapat mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mereka belum lagi mencapai saiz yang dapat dikesan.
2. Sel-sel kanser wujud antara 6 kepada lebih 10 kali dalam hidup seseorang sepanjang hayatnya. 
3. Bila sistem imun seseorang itu kuat, sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah dari melipatganda menjadi ketumbuhan. 
4. Bila seseorang memiliki sel kanser, ini bermakna bahawa ia memiliki kekurangan nitrisyen yang teruk. 
5. Untuk menyelesaikan kekurangan nutrisyen ‘multiple’, menukar diet dan menambah suplemen akan menguatkan sistem imun. 
6. Kemoterapi melibatkan kaedah meracun sel-sel kanser yang cepat membesar dan pada yang sama membunuh sel-sel sihat yang cepat membesar di dalam sum-sum tulang, trek usus, testis, umbi rambur dan sebagainya, dan mengakibatkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan lain-lain.
7. Radiasi pula semasa membunuh sel-sel kanser, pada masa yang sama turut membakar, merosakkan dan mengakibatkan parut pada sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ yang sihat.
8. Diperingkat awal rawatan, kemoterapi dan radiasi selalunya mengecilkan saiz ketumbuhan. Bagaimanapun penggunaan berpanjangan tidak menghasilkan pemusnahan ketumbuhan.
9. Apabila badan menerima bebanan toksin berlebihan daripada kemoterapi dan radiasi, system imun akan samada menjadi terkompromi ataupun rosak sama sekali. Oleh demikian seseorang akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.
10. Kemoterapi dan radiasi menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan amat sukar dibunuh. Pembedahan pula mendedahkan kemungkinan sel-sel kanser berjelera ketempat lain.
11. Cara berkesan memerangi kanser ialah membiarkan sel-sel kanser berlapar dengan tidak membekalkan makanan untuk ia membiak.
SEL-SEL KANSER HIDUP DENGAN MEMAKAN:
 A.   Gula, adalah makanan utama. Memotong bekalan gula mengurangkan makanan utama sel-sel kanser. Gantian gula seperti Nutrasweet dan Equal dibuat dari Aspartame dan ini amatlah berbahaya. Gantian yang lebih baik ialah madu Manuka atau molass (gula merah) itupun dalam kuantiti paling kecil. Garam dalam pasaran mengandungi bahankimia yang dicampur, menjadikannya putih dan ini tidak baik untuk badan. Altenatif yang lebih baik ialah Bragg’s aminos atau garam laut (ORANG BARAT MEMBUAT KITA MENUKAR DARI GARAM LAUT KEPADA GARAM BERIODIN PUTIH)
B.   Susu menyebabkan badan merembeskan mukus terutamanya dalam trek gastro-intestin. Kanser hidup atas mucus. Dengan menggantikan susu kepada sususoya yang tidak dimaniskan, sel-sel kanser akan kelaparan.
C.   Sel-sel kanser membiak dan selesa dalam persekitaran yang asidik. Diet yang kaya dengan daging adalah asidik dan baik digantikan dengan ikan dan sedikit ayam kampong. Daging daripada lembu dan ayam daging(ternakan komersil) mengandungi antibiotik haiwan, hormon dan parasit haiwan yang semuanya sangat berbahaya kepada orang yang mengidap kanser
D.   Diet terdiri dari 80% sayur segar, jus, bijirin, biji, kekacang dan buah-buah kecil memberikan badan persekitaran yang alkaline. Kuranglebih 20% bolehlah dari makanan yang dimasak.jus sayuran segar membekalkan enzimhidup yang mudah lagi cepat diserap dan sampai ketahap sel dalamasa 15 minit yang menyempurnakan pemakanan dan mempercepat tumbesaran sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim-enzim hidupyang perlu bagi membina sel-sel yang mantap, cuba minum jus sayur-sayuran segar dan menambah ulam dan sayur mentah 2 hingga 3 kali sehari semalam. Enzim rosak dan musnah pada suhu 40 selsius (104 F).
E.   Elakkan  meminum banyak kopi, campuran kopi, teh dan coklat kerana kandungan kafein yang tinggi. Teh hijau dan koko adalah pilihan yang lebih baik kerana mereka memiliki kemampuan membunuh kanser. Air – paling baik ialah meminum air yang ditapis alkali terion kerana disamping mengekalkan pH darah ia bebas toksin dan logam berat, ia membekalkan galian-galian pada saiz nano dan kaya dengan oksigen. Air suling dan RO adalah asidik, elakkan.
12. Protin daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang tidak hadam yang tinggal berbaki dalam usus bertukar mengakibatkan pengumpulan lebih banyak toksin.
13. Dinding sel-sel kanser memiliki lapisan protin yang kukuh. Dengan mengelakkan makan atau mengurangkan makan daging, keadaan akan menjadi kaya dengan enzim-enzim yang mampu menyerang dinding protin sel-sel kanser bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan memusnahkan sel-sel kanser.
14. Sesetengah suplemen (makanan tambahan) membina sistem imuniti (antioksidan, galian, vitamin, asid lemak essential dll) bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan membunuh sel-sel kanser.
15. Kanser adalah satu penyakit minda, badan dan ruhani. Semangat proaktif dan positif akan membantu pahlawan kanser menjadi pemenang. Sifat marah, tidak pengampun dan merajuk menjadikan badan bertukar kesuasana persekitaran yang terlalu tertekan (stress) dan asidik. Belajarlah menjadi penyayang dan pemaaf, bertukarlah kepada seorang yang tenang, relaks dan manfaatkan hidup ini.
16. Sel-sel kanser tidak dapat keselesaan dalam persekitaran yang banyak oksigen. Riadhoh harian dan mengamalkan pernafasan secara dalam membantu membekalkan lebih oksigen ke tahap sel(selular).
TOLONG TERUSKAN MEMBACA
1. tiada bekas plastik dalam ketuhar ‘microwave’
2. tiada botol plastik dalam ‘freezer’
3. tiada pembungkus plastik dalam ketuhar ‘microwave’
 John Hopkins baru-baru ini telah pesanan ini dalam ‘newsletter’nya. Maklumat ini juga diedarkan dalam Walter Reed Army Medical Center, bahawa bahan Dioxin adalah penyebab kanser, terutamanya kaser payudara.
Dioxin amatlah beracun kepada sel-sel badan. Jangan bekukan botol-botol plastik berisi air kerana ini membuatkan botol plastik melepaskan dioxin ke dalam air. Dr Edward Fujimoto, ‘Wellness Program Manager di Hospital Castle telah menjelaskan bahaya kesihatan oleh dioxin dalam satu program televisyen. Beliau menjelaskan keburukan dioxin terhadap manusia. Beliau melarang membakar makanan menggunakan plastik dalam ‘microwave’. Ini terutamanya berbahaya bagi maknan yang mengandungi lemak. Katanya kombinasi lemak, suhu tinggi dan plastik melepaskan dioxin ke dalam makanan yang akhirnya memasuki sel-sel badan. Sebaliknya beliau menyarankan menggunakan kaca atau tembikar bagi memanaskan makanan. Kertas tidaklah begitu buruk kesannya tetapi kita tidak tahu apa didalamnya. Ianya adalah lebih selamat bila menggunakan kaca atau tembikar.
Alih bahasa oleh MAHADI BIN ARIFIN R. Ph 747

MEMILIH MAKANAN MENGIKUT JENIS DARAH


Adalah diperhatikan bahawa tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi menyenggara tahap lemak badan.

Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan; vegetarian.
Struktur protin pengalihlectin, diketahui terdapat dalam makanan, mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel, tisu-tisu dan sistem imun bergantung pada jenis darah.

Oleh demikian adalah disyorkan:
Jenis O  : mengambil lebih protin dari sumber haiwan; focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah; mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.

Jenis A  : mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam; menumpukan menguruskan tekanan (stress); melibatkan riadah ringan bagi menangani stress; rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.

Jenis B : pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif; melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jenis AB: Makan sedikit tetapi lebih kerap; tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual; riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.

Walaupun bunyi seolah-olah ‘alchemy’ dan ‘anecdotal’ pemerhatian yang teliti dan masa yang lama telah dilibatkan bagi merumuskan syor di atas. Diet mengikut jenis darah telah diamalkan ramai guru-guru seni mempertahandiri, ‘martial arts, di Jepun China dan eropah, juara-juara tinju, pro bola keranjang,  pro sepakbola dan athelit. Kajian lebih lama akan membuahkan rumusan lebih saintifik bagi digunakan secara rasional dalam perubatan. Pada sudut perubatan functional, tiada halangan kembali kepada alam semuladijadikan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.
MAHADI BIN ARIFIN, R Ph


“Injections of lentil lectin into the knee-joint cavities of non-sensitized rabbits resulted in the development of arthritis that was indistinguishable from rhematoid arthritis.”

“Food lectins can interact with the surface receptors of the body’s white cells, programming them to multiply rapidly. These lectins are called mitogens because they cause the white cells to enter mitosis, the process of cell reproduction. They do not clump blood by gluing cells together; they merely attach themselves to things, like fleas on a dog.”
DR PETER J. D’ADAMO

NASI LEBIH TERUK DARIPADA GULA

NASI LEBIH TERUK DARIPADA GULA

Sesudah perincian dibuat dan beberapa banyak penyangkalan diketengahkan, pakar-pakar makanan dan pemakanan telah secara senyap-senyap memperakui keburukan gula. Gula memberikan banyak kalori tanpa nutrien yang penting yang menolong menghadam dan menyerapnya.

Gula dirujuk sebagai kalori kosong. Satu gram membekalkan 4 kalori dengan nilai nutrisi sifar. Anda memperolehi apa disifatkan sebagai “api besar dengan asap yang banyak”. Asap itu adalah radikal-radikal bebas yang kemudiannya menyerang sel-sel lain menyebabkan degenerasi, penyakit dan penuaan.

Walaupun anda memerlukan glukos untuk menjadi bahanapi bagi metabolisma dan ‘peruntukan’ untuk tumbesaran dan kesihatan, anda memerlukannya bersama-sama antioksidan – galian dan vitamin antioksidan dan nutrien-phyto seperti klorofil, betakarotin dan astaxanthin.

Terdapat banyak asas dalam menyatakan kelemahan nasi seperti:


  1. nasi menjadi gula – kebanyakkannya.

Fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana perunding pemakanan. Nasi adalah kalori. Satu mangkuk nasi memiliki kalori bersamaan 10 sudu teh gula. 10 sudu teh! Tidak kira samada nasi putih, nasi perang atau nasi herba. Ia masih persaman kalori dalam 10 sudu kecil gula. Untuk mendapatkan 10 sudu teh  gula yang sama, anda perlu memakan 10 mangkuk kangkong.


  1. nasi, sesudah dimakan mudah dan cepat dihadamkan menjadi gula.

Beras tidak dapat dihadamkan sebelum dimasak menjadi nasi. Bagaimanapun, selepas dimasak dan diserap ia menjadi gula dan mempengaruhi gula yang beredar dalam darah; dalamasa ½ jam seakan-akan sepantas yang berlaku sesudah anda memakan gula-gula.


  1. nasi tidak mengandungi banyak antioksidan.

Antioksidan adalah penting untuk penggunaan, pengendalian gula yang berkesan. Buah memiliki gula bergelar fruktos. Bagaimanapun buah-buahan tidaklah kosong kalari kerana mereka sarat dengan segala nutrien. Dengan itu, buah dan sayur atau ulam adalah makanan asli sebenar.


  1. nasi tidak mengandungi serat.

Serat kangkong memenuhi perut anda jauh lebih awal sebelum tahap gula naik dalam darah. Ini adalah disebabkan serat mengembang menjadi ‘ketulan’ besar memenuhi perut anda. Oleh sebab nasi tiada serat, anda menjadi penyumbat kalori kerana terpaksa makan banyak nasi sebelum ia mampu memenuhi perut anda.


  1. nasi tiada rasa/perisa.

Gula adalah manis. Ada had pada memakannya. Berapa sudu gula mampu anda makan sebelum menjadi loya dan memuntahkannya? Bolehkah anda bayangkan memakan 10 sudu teh gula dalam sekaligus? Berapa mangkuk nasi anda makan pada makan malam?


  1. nasi sentiasa menjadi sebahagian’ makan’ anda.

Sementara gula memenuhi makanan ringan sarapan dan minum petang atau pemanis dalam kopi anda, ia tidak menjadi sebahagian daripada ‘makan’ anda. Anda mampu mengambil 2-3 sudu kecil gula pada satu makan. Bagaimanapun anda mampu makan nilai bersamaan 2-3 mangkuk (20-30 sudu kecil) gula dalam satu makan. Saya  selalu merasa hairan bila melihat seseorang biasanya memakan 4 mangkuk nasi (bersamaan 40 sudu kecil gula) di kedai ataupun warung dan kemudian semasa memesan teh tarik,”kurang manis! “.

MAHADI BIN ARIFIN, R Ph





“dalam menokok membuang homeostasis badan, kelebihan gula dalam darah menghasilkan akibat-akibat seperti:

  1. menekan sistem imun dan mengganggugugat pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

  2. mengalih dan merusakkan pertalian galian-galian dalam badan; menyebabkan defisiensi kromiumdan kuprum dan mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.

  3. gula ‘dimakan’ sebagai makanan utama sel-sel kanser dan telah dihubungkan dengan kejadian kanser payudara, ovari, prostat, usus besar, pankreas, saluran biliari, peparu, perut dan hempedu.”

NANCY APPLETON, Ph D

BlogPlay

Share your links easily.