Sunday, May 24, 2009

.:: Kawen kerrrrr Tak Kawen kerrrr nanti dulu??

PETIKAN INI SY AMIK DARI FORUM VIRTUALFRIENDS.NET DGN IZIN TUAN PUNYA SOALAN. SEMOGA JD IKTIBAR KPD UMUM DAN DIRI SENDIRI..HEHE

Saya tak tahu nak tanya apa, padasiapa dan kenapa? Sekarang saya tahu kenapa ramai perempuan yang single dan dan tak kawin lagi walapun usia dah mencecah 30 an. Rasanya ramai golongan perempuan akan setuju dengan dengan apa yang akan di perkatakan..setelah kena pada diri sendiri.

Saya dah 30an tp masih belum kawin, masa 20an dulu excited bila bercerita pasal lelaki... dan nak lelaki macam mana...
yang datang selalu jer rasa x kena dengan diri..Selalu jer tolak..atau buat derk je.

Now bila dah 30an terpk ... wah umur camni dah patut kawin ..nak single sampai bila..tetapi rupanya bila dah lama single rasa selesa pulak dengan hidup berdikari ... ada jugak tanya dengan rakan seangkatan yg belum kawin... rupanya pandangannya pun sama. Menaupause Perasaan ke?.

Tp selalu terpk nak mencari lelaki yg sesuai sebelum terlewat lagi... .namun pasrah je... sbb ada lagi lelaki yang single?

tapi tiba2 bila ada orang yang tidak dikenali suka pada saya... .dan terus hantar familytanya dan nak masuk mintak... saya terus jadi pressure ngan sendiri... semua orang suruh pikir pasal umur... kang kut lepas ni x de peluang lagi.. erm betul ke macam ni... bila pikir2 takut plak... ..iya laaa yang datang single, tp muda 2 3 tahun... kalau tolak ada lagi peluang camni? dulu masa saya tolak last sekali pada usia akhir 20an... .saya pernah terpikir... erm ada lagi jadoh utk aku... .?

Tiba2 bila datang lagi ... setelah dah lama tak fikir... rasa semacam..

1) Feel itu tidak ada
2) Rasa x sanggup nak kongsi hidup dengan orang

so macam mana eh... kalau setiap kali macam ni tak kawin la aku..tapi tak kan nak terima kalau x de feel itu? macam mana eh... tolong!tolong!tolong!

So still lagi dalam dilema kerana keputusan belum dibuat lagi.Saya nak jatuh cinta lagi... .tp bukan dengan orang ni.

saya nakfeeling tu bleh develop sendiri..bukan dengan letak org itu depan mata dan walau bagaimana pun saya mesti suka org ini... erm... saya rasa x boleh ... .pressure!


Ada boleh jawab tak... ?



ANTARA KOMEN PEMBACA :-

Pembaca 1:


ada pro and kontra disini,
Seandainya anda tidak terima, peluang mungkin agak sukar datang. Kebanyakan lelaki lebih mencari wanita yg lebih muda. Dari segi fizikal, wanita lebih cepat nampak tua dari lelaki. Lepas bersalin pula, fizikal wanita berubah. Sekiranya anda lebih berumur, fizikal anda selepas bersalin mungkin mempercepatkan lagi kesan penuaan anda.

Selain drpd itu, apabila semakin berumur, risiko mendapatkan anak cacat, sinrom down dan berpenyakit juga tinggi. Kebiasaanya jika mengandung selepas umur 35 tahun. Organ reproduksi wanita zaman sekarang cepat expired berbanding orang lama.

Kehidupan berkahwin akan lebih mematangkan diri. Lebih kita berumur dan tidak mengambil peluang berumahtangga, tahap pemikiran kita terhad kepada thap pemikiran orang bujang.

Sekiranya anda terima pula, saya lihat anda masih belum bersedia atau tidak mahu bersedia. Perkahwinan ini sebenarnya memerlukan mind setup utk menghadapinya. Ia bukan seindah g dicerita kerana ia melibatkan banyak perkara antaranya cuba berkongsi hidup.

5 tahun pertama adalah waktu kritikal bagi pasangan mengenal diri dan pasangan masing-masing secara mendalam. Sekiranya tiada mind setup yang betul, sedikit masalah boleh mengakhirkan hubungan kepada perceraian.

Tapi kalau kita fikir orang-orang lama kena kahwin atur pun boleh hidup sehingga beranak pinak berbelas orang.

PUCUK PANGKAL ADALAH HATI.

Kalau nak diikutkan hati, memang kita nak hidup ni mudah sepanjang masa. Malas nak pening kepala melayan kerenah pasangan, malas nak ambil risiko terkena kegagalan perkahwinan dan sebagainya tetapi perlu juga diingat orang yang sentiasa mahukan senang tak belajar susah. Perkahwinan itu mmg susah tetapi mematangkan dan sekiranya saat kesusahan itu berjaya dilalui, ia akan menjadi satu kebahagian yg cukup mematangkan.

Duduk sendiri tanya hati dan iman. Duduk diriba ibu, minta usapan dirambut, dengar cerita hidupnya. Insyallah terbuka hati dan jalan.

my 2 cents view... ..

Jadikan masalah sebagai peluang mempelajari sesuatu

Pembaca 2 :

"kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

sekiranya anda ingin mndaptkn "feel" itu,maka anda kene mncari yg sesuai utk anda ler.jgn mudah berptus asa,ade je lelaki single yg mnjd idaman anda diluar sane,yg pntg usaha.klau tanak usaha,mgkn anda harus mmpertimbangkn pada lelaki2 yg anda rs anda xde "feel" ini.lgpn perasaan adlh sesuatu yg kompleks.mgkn pd mulanya anda xrs ape2,tp mn tau suatu ari nnt,perasaan yg anda inginkn tuh akn mncul?

Pembaca 3 :

ok macam ni la pendapat saya k... ..k sebagai lelaki muda..eshemen... .jodoh ditangan tuhan dan yang penting kiter berusaha,ape salahnye kawin ngan yang muda sekarang pun dah melambak dengar citer orang pasal kawin beza sepuluh tahun lebih muda n satu lagi... .saya suka kawan dengan orang yang lebih tua daripada saya sebab yang tua daripada kita ni lebih matang nbanyak pengalaman hidup... .peace
.....................................................................................................................................................................
SEKADAR BERKONGSI.......=)

1 comment:

  1. salam..

    artikel yang menarik khas untuk muslimat masa kini. dalam masa yang sama juga muslimin perlu untuk fikir-fikirkan bersama.

    apapun sblm kt menerima dan membuat sebarang keputusan, dianjurkan kt buat solat istikhoroh krn apa yg bakal terjadi di msa hadapan hanya Allah Yg Maha Mengetahuinya. lagipun tak salah andai muslimat yg usulkan dahulu krn zaman kini kaum muslimin makin krg. pastinya nak cari yg sejiwa dan sefikrah dgn diri kt.

    sekadar pandangan..

    ReplyDelete

BlogPlay

Share your links easily.